Anak Tak Duduk Diam Dan Susah Nak Kawal? Ini Cara Kendalikan Mereka





Ada ibu ayah yang mengeluh kerana anak mereka terlalu aktif, tak duduk diam dan susah nak dikawal terutamanya bila keluar ke tempat awam. Melompat, berlari, memanjat, tak boleh duduk diam dalam masa yang lama boleh merimaskan orang sekeliling yang melihat.



Sebelum labelkan kanak-kanak ini degil dan tak dengar cakap lebih baik anda tahu dulu tentang ciri kanak-kanak yang ada masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) yang sangat aktif.



Sebagai Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist), Puan Liyana Raya telah menjelaskan kenapa dan bagaimana cara betul ibu ayah boleh buat untuk mengendalikan si kecil.



Menangani masalah hyperaktif bagi kanak-kanak Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD).



Si kecil tiada instinct



Seperti yang diketahui, kanak-kanak ADHD memang sangat suka berlari, melompat, memanjat, memukul, menumbuk, membaling, menjatuhkan badan dan sebagainya. Perbuatan mereka ini seringkali menimbulkan persepsi bahawa mereka ini adalah kanak-kanak nakal dan tidak suka duduk diam. Mereka kelihatan sangat berani, tidak takut jatuh dan sakit. Dari sudut pembelajaran pula, mereka amat sukar untuk duduk diam dan menumpukan perhatian kepada apa yang diajar serta sukar untuk mendengar arahan.



Sebenarnya, kanak-kanak ADHD 'sifat' mereka adalah sukakan pergerakan. Hal ini terjadi kerana masalah sensory processing disorder yang mereka alami. Disebabkan oleh masalah processing disorder inilah, mereka sukar untuk menginterpretasikan pergerakan mereka itu adalah bahaya dan dianggap' tidak sesuai' untuk dilakukan di hadapan orang awam. Mereka tiada instinct untuk mengetahui bahawa ada mata yang memandang dan mulut yang mengata mengenai perbuatan mereka itu.



Sensory processing disorder yang mereka alami adalah berpunca daripada sistem vestibular dan proprioceptive yang terdapat di dalam sensory integration system mereka. Perbuatan menghentak badan, memukul, menggigit, dan menumbuk adalah disebabkan oleh sistem proprioceptive mereka menyatakan bahawa 'saya suka apabila terdapat tekanan di badan saya, di tangan saya, dan di sendi rahang saya. Ianya mengasyikkan, maka saya nak buat banyak kali lah.' Oleh sebab itu, mereka sangat 'craving' dan 'seeking' dengan perbuatan tersebut.





Begitu juga apabila mereka berlari ke sana ke mari, memanjat, dan melompat. Sistem sensory yang terlibat adalah vestibular yang mengawal keseimbangan badan (sesetengahnya bercampur dengan sistem proprioceptive juga). Kalau tak dapat berlari, mereka tidak akan puas.



Ianya samalah macam kalau kita biasa mandi selama 15 minit sehari, jadi kalau kena mandi 5 minit sahaja, kita takkan puas. Jadi, katalah satu hari tu memang kita dapat mandi selama 5 minit saja 2 kali sehari, maka kita pasti akan 'gantikan' semula mandi kita bila ada masa terluang di keesokan harinya. Ini adalah sama seperti apa yang otak kanak-kanak ADHD tafsirkan.



Cara hilangkan hiperaktif



Jadi, persoalannya sekarang ialah, bagaimana kita nak 'menghilangkan' sifat hyperaktif tersebut?



Ada beberapa cara yang biasa kita gunakan. Pertama sekali ialah kita akan halang anak tersebut daripada berlari, memukul dan sebagainya. Ini adalah salah! Ianya hanya akan menyebabkan mereka lagi agresif sebab tak dapat nak 'lepaskan' keinginan mereka untuk bergerak.



Cara seterusnya yang saya pernah buat dan mungkin juga biasa di 'advise' oleh jurupulih carakerja (Occupational therapist) yang lain ialah dengan membuat 'blanket wrapping'. Ini juga rupa-rupanya adalah teknik yang agak kurang berkesan kerana blanket wrapping seharusnya bersifat menenangkan, bukan menghindarkan sifat suka bergerak.



Blanket wrapping adalah salah satu aktiviti yang terlibat untuk memberi rancangan kepada sistem tactile (dengan menggunakan teori deep pressure). Ya, bagi sesetengah kanak-kanak ADHD ianya memang berkesan, tetapi ada sesetengahnya akan bertindak lebih agresif ketika mereka inginkan pergerakan tersebut. Blanket wrapping bagi kanak-kanak ADHD  digalakkan untuk dilakukan ketika mereka dalam keadaan tenang, seperti ketika hendak tidur dan bangun tidur.



Jangan halang mereka berlari





Sebenarnya, anda harus ketahui, sekiranya anak-anak ADHD ini ingin bergerak, anda perlu benarkan pergerakan mereka tetapi dalam keadaan yang terkawal. Anda jangan halang. Apa yang boleh dibuat adalah berikan mereka masa. Kalau berlari selama 50 kali tak cukup, maka tambahkan lagi dan seterusnya berhenti apabila mereka sudah penat/kita lihat ada simptom yang tak diingini seperti pening, muka berubah menjadi biru, dan mengah. Berlari adalah bagus dilakukan secara linear, bukan berlari merata-rata. Lebih baik berikan mereka lari di dalam bilik, dari satu sudut ke sudut yang lain. Jika mereka suka berpusing, benarkan tetapi kawal supaya mereka tidak langgar apa-apa yang bahaya dan kirakan sehingga 30-50kali.



Bagi yang suka memukul, saya galakkan utk 'divert' aktiviti memukul kepada objek yang lembut seperti anak patung, teddy bear, bantal, bola besar ataupun bawak pergi gym, tumbuk la punching bag.



Bagi yang suka menggigit, pakaikan chewy tube ataupun teether. Alihkan aktiviti menggigit baju atau tangan kepada menggigit chewy tube dan teether.



Bagi yg suka mencubit, suruh mereka cubit squeezed toys atau picit-picit permukaan yang lembut.



Sumber: ADIK Edutoys



 




Layari laman web