Akim, Stacy Pilih Nama Eshaal

Pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy, memilih nama Eshaal untuk anak perempuan sulung mereka.

Menerusi laporan BH online, pengumuman itu dibuat menerusi Instagram Akim yang memuatkan gambar sekeping kertas dengan tulisan nama penuh anaknya 'Eshaal binti Afiq Hakim'.

Nama itu turut ditulis dalam tulisan jawi. Rata-rata peminat Akim memuji beliau dan Stacy kerana memberikan nama yang mudah dipanggil dan pendek.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Jumaat lalu.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.