Ada ke telefon pintar yang layak digelar adiwira

[artikel ini dibawakan kepada anda oleh telefon penyelamat dunia, Samsung Galaxy S7 dan S7 edge]


Pernah tak anda berhadapan dengan situasi mencemaskan, di mana telefon pintar anda tidak mampu berbuat apa-apa di saat ia sangat diperlukan? Pada waktu sebegitu, pastinya anda berharapkan, kalaulah…


Sebenarnya, banyak situasi yang menghancurkan hati dan perasaan anda, boleh diselamatkan jika anda memiliki telefon pintar yang tepat. Macam Samsung Galaxy S7 danĀ  Galaxy S7 edge.


Apa yang ia boleh bantu?


Apa jadi kalau telefon terjatuh dalam air


Ini satu masalah yang paling banyak berlaku. Pasti korang pernah terkena, atau mendengar kisah dari rakan atau keluarga yang telefon pintar mereka terjatuh ke dalam air, dan rosak.


Kalaulah Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge yang terjatuh dalam air masa tu, mesti tak ada masalah. Sebab ia diiktiraf kalis air dan debu, tanpa perlukan penutup.


Adiwira Galaxy S7 dan S7 edge - 01 termasuk air


Satu lagi contoh yang pernah penulis sendiri alami, adalah telefon pintar terjatuh atas sos cili, semasa makan burger di Wendy’s. Menangis gak ambil tisu nak lap kasi cantik balik skrin telefon dari kotoran sos cili.


Kalau Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge, terus pergi ke sinki dan bersihkan guna air. Kan senang tu.


 


Apa jadi kalau telefon habis bateri


Kadang-kadang kita memang terlupa nak mengecas semula telefon yang dah nazak baterinya. Bila nak keluar rumah, baru tersedar bateri telefon dah tinggal 3%. Dah janji dengan kawan, lagi 30 minit kawan nak sampai bawa kita keluar menonton perlawanan bolasepak EURO 2016. Apa nak buat?


Kalau guna Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge, pengecasnya sangat pantas. Dalam masa 30 minit, ia boleh mengecas hampir 40%. Ini lebih dari cukup untuk menghabiskan waktu malam bergembira bersama rakan.


Adiwira Galaxy S7 dan S7 edge - 02 pengecasan pantas


Tak payah susah payah nak bawa powerbank yang berat tu. Sekejap je nak cas telefon baru Samsung ni. Kalau nak cas sampai penuh, Galaxy S7 ambil masa 90 minit sahaja. Galaxy S7 edge pula, hanya 110 minit. Tak sampai 2 jam pun.


 


Apa jadi kalau kenangan manis hanya tiba seimbas lalu


Perkara ni mesti buat korang terkenang dan bertanya, kenapa aku lambat masa tu. Detik kenangan terindah ni munculnya seketika. Macam terjumpa artis k-pop yang diminati di KLCC, ataupun tahi bintang berlalu pergi di atas langit.


Kenapa telefon ni lambat nak aktifkan aplikasi kamera, dan lambat nak fokus, dan gambar yang diambil gelap?


Cara yang betul untuk berhadapan situasi ini, adalah memanggil adiwira yang tepat, yang memiliki semua kebolehan yang diperlukan. Pilihan terbaik pastinya adalah Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge.


Melancarkan kamera dan mengambil gambar dengan pantas, tepat, tajam, jelas dan terang adalah kekuatan luarbiasa yang hanya terdapat di Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge. Hanya keluarkan Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge dari poket, dan tekan butang fizikal Home sebanyak dua kali. Halakan kamera ke subjek yang menjadi detik sesaat tersebut dan terus menangkap gambar.



Tak perlu tetapkan fokus atau cerahkan lagi pendedahan. Sebab autofokus kamera telefon ini sangat laju, tak sempat berkelip mata dah siap fokusnya pada subjek. Dalam hal ni, kereta lumba F1 pun tak dapat melarikan diri dari ditangkap kamera Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge.


Banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan dengan bantuan adiwira Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge ni. Aplikasi kamera yang pantas dilancarkan, bersama fokus kamera yang pantas dan hasil gambar yang cerah, pastinya adalah adiwira yang diimpikan sering berada di sisi anda.


Kan seronok macam tu. Terus bertenang dan gunakan Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge untuk hidup lebih tenteram.


 


Apa jadi kalau memori telefon penuh


Ini satu masalah besar yang sering kedengaran bagi pengguna telefon. Disebabkan ia banyak digunakan untuk mengambil gambar dan video, dengan pantas kapasiti storan telah penuh.


Kalau nak tunggu muat naik ke storan awan, ia mengambil masa yang lama. Malah, ia memakan kuota data juga. Ini lebih menakutkan kalau kuota data juga hampir kehabisan.


Untuk pengguna Galaxy S7 dan S7 edge, ia bukan sesuatu yang merisaukan. Sedang telefon lain membuang slot mikro-SD mereka, tapi tidak pada adiwira ini. Malah, ia ditambah baik sehingga boleh menyokong kad sebesar 200GB!


Samsung Galaxy S7 - slot hibirid sim mikroSD



Apa jadi kalau kena kerja lebih masa


Telefon pintar sudah pasti banyak gunanya. Masalahnya, ia sukar untuk bertenaga sepanjang hari. Baru balik dari makan tengahari, dah kena cas semula. Jika tidak, pasti terpapar skrin hitam sebelum tamat waktu kerja.


Tiba-tiba bos panggil mesyuarat tergempar, kena kerah kerja lebih masa. Sibuk mencari pengecas tapi tak jumpa. Kenapalah tak beli telefon pintar Samsung Galaxy S7 atau S7 edge awal-awal.


Bateri dalam telefon pintar Samsung ini lebih besar dari biasa. Dalam Galaxy S7, kapasiti baterinya 3,000mAh. Galaxy S7 edge pula, dibekalkan bateri 3,600mAh. Ditambah lagi dengan perkakas seperti pemproses 8-teras 14nm, RAM LPDDR4 dan skrin Super AMOLED, kesemua ini lebih jimat tenaga.


Bateri yang besar dan perkakas jimat tenaga. Berapa jauh boleh pergi tu? Memang sangat jauh.


Galaxy S7 edge - aksesori dalam kotak hitam


Jadi, apa perkara yang perlu anda risau jika menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S7 atau S7 edge? Tiada bukan. Kalau nak miliki telefon adiwira ini segeralah ke kedai Samsung berhampiran dan dapatkan sebuah Samsung Galaxy S7 pada harga RM2,699 atau Samsung Galaxy S7 edge pada harga RM3,099.


Siapalah adiwira jika tiada pembantu. Belilah mana-mana Samsung Galaxy S7 atau Galaxy S7 edge dan bawa pulang pengecas wayarles PERCUMA, serta sebuah set Gear VR pada diskaun 30%. Sila layari www.samsung.com/my/raya2016/ untuk maklumat lanjut.


The post Ada ke telefon pintar yang layak digelar adiwira appeared first on TheSkop.