ABC, People Bikin Dokumentari Puteri Diana

ABC bakal menyiarkan dokumentari empat siri mengenai mendiang Puteri Diana, Ogos ini.

Penerbitan dokumentari yang diadakan dengan kerjasama majalah People, akan menampilkan temuramah bersama individu rapat dengan mendiang.

Selain itu, dokumentari juga akan memaparkan pelbagai rakaman arkib membabitkan mendiang Puteri Wales itu. ABC ketika mengumumkan mengenai dokumentari itu berkata:

"Program ini akan mengingatkan dunia mengapa mereka 'jatuh cinta' dengan Diana".

Program itu diterbitkan sempena ulang tahun ke-20 kematian Puteri Diana pada usia 36 tahun dalam kemalangan di Paris, pada 31 Ogos 1997.