7 JENIS MAKANAN YANG MEMBUAT ANDA AWET MUDA

YUP


7 JENIS MAKANAN YANG MEMBUAT ANDA AWET MUDA|”Awet Muda” merupakan harapan dan impian semua orang baik laki-laki maupun perempuan. Pelbagai indikasi bahawa seseorang tampil awet muda iaitu kulit yang kelihatan lebih kencang, jauh dari kedut serta terhindar dari berbagai penyakit yang biasanya menyerang di usianya.


Seseorang akan kelihatan lebih awet muda jika dia mampu mengawal tahap steres, rutin bersenam, minum teh hijau serta mengambil pelbagai makanan tertentu. Lalu, apa saja makanan yang dapat membuat seseorang tampil lebih awet muda.


Berfikir positif, murah senyum serta sukamembaca buku dapat membuat tubuh dan fikiran selalu terjaga kesihatannya (awet muda). Tampil awet muda juga boleh dengan mudah didapatkan, jika anda sentiasa mencukupi masa tidur di malam hari.


Kerana malam hari, regenerasi sel kulit pada tubuh bekerja lebih optimum. Selain itu, ada pelbagai jenis makanan yang boleh membuat seseorang kelihatan lebih awet muda. Berikut ini 7 makanan yang ampuh agar lebih awet muda:


1.Anggur. Buah ini sangat berkesan untuk menjadikan seseorang tampil lebih awet muda. Ini kerana, buah anggur mengandungi resveratrol yang berperanan menutrisi kulit, dan melindungi kulit dari sinar ultraviolet dari matahari serta mencegah kanser kulit.


2.Brokoli. Salah satu jenis sayur-sayuran hijau ini juga terbukti ampuh menghalang proses penuaan. Ini kerana, brokoli mengandungi sumber fitonutrien yang berperanan memerangi pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru serta kanser perut.


3.Epal. Buah bulat lonjong dengan warna merah atau hijau muda ini juga termasuk dapat membuat awet muda. Buah epal merupakan sumber pektin yang sangat berkesan untuk mencegah plak (penumpukan kolesterol) pada pembuluh darah, menyihatkan jantung dan organ pencernaan anda.


4.Halia. Salah satu tanaman ubat keluarga ini juga terbukti ampuh dalam kaitannya dengan awet muda. Ini kerana, halia mengandungi sumber antioksidan yang membantu mengukuhkan daya tahan tubuh serta menangkis pelbagai rasa sakit selepas bersenam dan bekerja.


5.Bawang Putih. Salah satu bumbu dapur yang selalu di gunakan ibu rumah tangga ini juga di golongkan kedalam makanan yang membantu awet muda. Bawang putih merupakan sumber flavonoid yang memainkan peranan dalam mencegah keradangan dan kanser pada perut, kencing manis, menyihatkan organ jantung serta mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah serta menguatkan sistem imun tubuh.


6.Bayam. Sayur-sayuran berdaun hijau ini juga dikaitkan dengan salah satu makanan yang menjadikan seseorang lebih awet muda. Pelbagai kandungan vitamin, serat dan mineral dalam bayam berperanan sebagai anti kanser, menyihatkan jantung, anti nyanyuk serta sangat baik untuk organ penglihatan anda.


7.Jambu Biji. Buah ini masuk dalam golongan makanan yang bikin awet muda. Ini kerana, jambu biji merupakan sumber vitamin C yang berperanan memerangi radikal bebas yang merupakan penyebab utama penuaan pada seseorang serta untuk kesihatan jantung dan anti kanser.