5 Cara Untuk Menggalakkan Si Kecil Lebih Berdikari





Sekitar usia dua tahun, anda sudah boleh mendidik anak menjadi seorang yang berdikari. Keinginannya untuk melakukan semua perkara tanpa bantuan perlu diberi sokongan.



Ada beberapa cara bagaimana mendidik anak membesar sebagai seorang yang boleh berdikari.



1. Mudahkan perkara



Dari usia dua tahun, susun barang kepunyaannya supaya dia boleh melakukan sebanyak mungkin aktivitinya sendiri. Beli pakaian yang mudah diuruskan supaya dia boleh memakai dan menanggalkan sendiri pakaiannya sebaik mungkin.



Letakkan sebuah bangku kecil di sebelah sinki supaya dia boleh mencuci sendiri tangannya tanpa bantuan anda, dan pasang dengan rendah penyepit baju supaya dia boleh menggantungkan sendiri pakaiannya.



2. Galakkan anak membantu



Membantu adalah suatu bentuk permainan pada masa usianya ini, bukan suatu kerja rutin. Kerja yang mudah seperti mengeluarkan barang membeli-belah, menyediakan meja atau menyapu lantai dapur, membuat anak anda merasakan dia telah mencapai sesuatu, dan menunjukkan kepadanya bahawa membantu adalah sebahagian daripada kehidupan berkeluarga.



3. Biarkan dia buat keputusan sendiri



Peluang untuk membuat keputusan yang mudah memberi anak anda perasaan bahawa dia mempunyai sedikit kawalan ke atas kehidupannya sendiri.. Oleh itu, biar dia memilih kemeja-T yang hendak dipakainya atau bagaimana biliknya hendak diatur atau apa makanan yang hendak dimakan.



4. Berikan pujian



Bila anak berjaya melaksanakan tugas yang anda suruh, jangan lupa berikan pujian dan tepukan. Nanti dia sendiri akan rajin berdikari dan tahu tanggungjawabnya.



5. Bantu anak



Jika tiba-tiba anak anda tidak mahu melakukan tugasan yang disuruh secara tiba-tiba, jangan marahkannya. Sebaliknya anda boleh tolongnya dan beritahu "ok, hari ini ibu tolong angkat cawan adik." Tentu dia ingin membantu selepas itu dan belajar yang membuat kerja bersama-sama itu lebih menyeronokkan.



Janganlah harapkan anak anda yang masih kecil itu akan sempurna dan konsisten membuat sesuatu tugas secara sendiri. Biarpun mahu anak berdikari tetapi mereka tetapi perlukan bimbingan daripada kita.



 



 




Layari laman web