5 Aktiviti Mudah Untuk Stimulasi Bayi Supaya Lebih Cerdik





Bila bayi anda sudah masuk usia enam bulan, dia mula menunjukkan banyak pencapaian yang memberangsangkan. Selepas diperkenalkan dengan makanan pejal, bayi semakin ingin meneroka banyak perkara di sekelilingnya.



Biasanya bila sudah masuk enam bulan, bayi sudah boleh menggolekkan badannya sebagai persediaan untuk pandai merangkak dalam beberapa bulan lagi. Selain itu kemahiran bayi anda mengawal gerak tangannya juga semakin mengagumkan.Jadi, inilah masanya untuk memperkenalkan pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh terus merangsang kemahiran motor halusnya (penggunaan tangan).



Sebenarnya tak perlu beli mainan yang mahal sebaliknya anda boleh buat sendiri mainan untuk si manja menggunakan pelbagai barangan yang ada di rumah. Idea mudah ini mungkin boleh ibu-ibu gunakan untuk ajak bayi bermain dan belajar.



1. Jumbo Pasta Tub





Bayi sangat suka dengan bunyi-bunyian. Gunakan pasta bersaiz besar dan masukkan ke dalam bekas. Goncang bekas tersebut sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Bayi pasti teruja dan tak sabar hendak memegang pasta tersebut. Pantau anak ketika bermain kerana bimbang dia boleh tertelan pasta kerana dia sudah pasti akan memasukkan objek ke dalam mulutnya.



2. Kiub Ais Berwarna