4 Suspek Korea Utara Sudah Tinggalkan Malaysia

Kuala Lumpur – Polis mengesahkan empat suspek Korea Utara yang sedang dikesan bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam sudah meninggalkan negara ini pada hari kejadian, 13 Februari.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Katanya, kesemua suspek lelaki itu berumur di antara 33 dan 57 tahun.

 Beliau berkata, polis tidak akan mendedahkan lokasi dan negara di mana empat suspek kes pembunuhan Jong-nam berada ketika ini.

“Empat suspek kes pembunuhan Jong-nam memegang pasport biasa dan bukan pasport diplomatik,” katanya.

Sementara itu, Noor Rashid berkata, setakat ini polis tidak terima sebarang permohonan tuntutan mayat daripada waris Jong-nam. – Bernama