38 ZenFone 3 Max dalam Ribut 38 hari ASUS

Nak telefon pintar percuma? Jom sertai peraduan yang sedang berlangsung di Facebook dan Instagram ASUS Malaysia. Bermula dari hari ini 14 Februari sehingga 23 Mac 2017, ASUS Malaysia menyediakan satu telefon pintar ZenFone 3 Max bernilai RM999, untuk diberikan setiap hari. Bermakna, 38 telefon pintar percuma boleh dimenangi.


Peraduan ini memerlukan pengguna mengambil gambar bertemakan ‘Ribut’. Penyertaan boleh dihantar melalui Facebook atau Instagram, samada dimuat naik ke status Facebook ASUS Malaysia, atau Facebook diri sendiri, atau ke Instagram diri sendiri. Sertakan bersama ayat kreatif kurang dari 25 patah perkataan, dan tag ASUS Malaysia beserta hashtag #TakHabisHabis #ZenFone3MaxMY.



 


Nampaknya hari yang dinantikan sudah pun tiba! Nasib baik tak terpelanting je ni uols. Untuk pengetahuan semua sepanjang 38 hari nih ASUS ada special giveaway utk anda semua bermula 14 Februari. Follow ASUS untuk maklumat lanjut. #takhabishabis #maxtakhabishabis #Zenfone3MaxMY


Posted by Hanis Zalikha on Sunday, February 12, 2017



Penyertaan akan ditutup pada jam 9 malam setiap hari, dan pemenang akan diumum pada jam 9 pagi keesokan hari, melalui Facebook ASUS Malaysia atau Instagram ASUS Malaysia. Mesej peribadi akan dihantar kepada pemenang, dan mereka perlu memberi respon dalam masa 5 hari.


Senang je nak menang ZenFone 3 Max ni kan? Semua orang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan setiap hari, tetapi hanya boleh menang sekali je. Kasi can pada orang lain juga ya.



ZenFone 3 Max memiliki bateri sebesar 4100mAh, menjadikannya tahan lama untuk kegunaan lebih dari sehari. Kuasa pemproses Snapdragon 430 yang jimat tenaga, membantu penjimatan tenaga berpanjangan. Ia dibekalkan bersama 3GB RAM, 32GB storan dalaman, dan sedia menerima kad mikroSD.


Skrin ZenFone 3 berukuran 5.5-inci, dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Kameranya juga tidak kurang hebat, 16MP f/2.0 dengan autofokus lazer di belakang dan 8MP f/2.0 di depan.


Jika anda berminat dengan telefon pintar yang boleh digunakan sehari suntuk, jangan lupa sertai pertandingan Ribut 38 hari ASUS. Mana tau ada rezeki menang satu kan. Untuk maklumat lanjut serta terma & syarat pertandingan, layari Facebook ASUS Malaysia.


The post 38 ZenFone 3 Max dalam Ribut 38 hari ASUS appeared first on TheSkop.