3 Amalan Ini Kekalkan Penghasilan Susu. Barulah Bayi Puas Menyusu





Dalam usaha menyusukan bayi dengan susu ibu, banyak perkara yang perlu diteliti. Namun, jangan terlalu menekan diri sendiri. Oleh yang demikian, lakukannya secara tenang agar penghasilan susu lancar.



Apa yang penting, anda tidak mudah putus asa sepanjang berusaha untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya sehingga anak berumur dua tahun atau lebih. Anda perlu kuat semangat, rajin mengosongkan payudara sama ada melalui cara menyusukan bayi secara langsung ataupun mengepam payu dara dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan semua usaha.



1. Minum air



Pastikan anda mengambil air minuman atau apa-apa sahaja jenis cecair lebih daripada tiga liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi membantu tubuh menghasilkan susu dengan baik.



2. Pam lebih lama



Bagi anda yang mengepam payudara untuk menghasilkan stok susu ibu bagi kegunaan anak sepanjang anda tiada bersama dengannya, jangan hadkan masa mengepam. Ambillah masa antara 15 - 20 minit untuk setiap belah payudara. Yang penting, pastikan payudara benar-benar kosong.



3. Urut payu dara



Urutan di bahagian payudara sememangnya baik untuk merangsang pengaliran susu ibu dengan lancar. Paling kurang, anda boleh mengurut payudara sendiri dengan menuamnya menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian urut secara lembut dan perlahan-lahan.




Layari laman web