25 Tahun Kenal, Baru Pertama Kali Selfie

Bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dan Amir Khan telah mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Shah Rukh Khan telah memuat naik sekeping gambar selfie bersama Amir Khan di laman instagramnya dan gambar ini telah mendapat lebih daripada 600 ribu likes.

Tulis Shah Rukh Khan;

“Kami sudah saling mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun dan ini merupakan gambar selfie kami yang pertama. Ia adalah satu malam yang indah.”