230 Terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kali Ke-3

SERI MENANTI, 14 FEB – Seramai 230 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Kali Ke-3 bagi tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan ke-69 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.



Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan bersama isteri YM Raja Dato’ Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin hadir bagi menyaksikan istiadat pengurniaan yang diadakan bertempat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, hari ini.


Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan ini adalah kali ketiga daripada empat sesi dengan jumlah keseluruhan 832 penerima.



Dalam majlis ini, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Abdul Karim Mohd Tahir telah dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato’ mendahului senarai penerima darjah hari ini.


Turut menerima darjah yang sama, Mantan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Abdul Rahim Abdullah; Ahli Perniagaan, Choong Vee Hing; Aktivis Masyarakat, G.M Kannan A/L  Munusamy dan Ahli Perniagaan, Lim Tee Hin.


Antara lain, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam, Makhzan Mahyuddin; Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Briged Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi; Yang Dipertua Persatuan Vateran ATM, Mejar (B) Sazali Ismail dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kontinjen Polis Selangor, Zainudin Mohd Tahir.