2 Pembunuh Upahan Bunuh Jong-Nam - Sumber AS


  • Print

  • Email

Details

Published on Wednesday, 15 February 2017 16:59








SEOUL: Agensi risikan Korea Selatan mengesyaki dua ejen wanita Korea Utara membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un di Malaysia.


Perkara itu didedahkan beberapa ahli parlimen Seoul, hari ini ketika pihak berkuasa perubatan Malaysia menyiasat punca kematian mendiang.


Beberapa sumber kerajaan Amerika Syarikat memaklumkan Reuters bahawa mereka percaya pembunuh upahan Korea Utara membunuh Kim Jong-Nam.


Polis Malaysia berkata, beliau diserang, hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mati ketika dikejarkan ke hospital.


"Agensi risikan, Korea Selatan percaya Jong-Nam diracun,


"kata beberapa pembuat undang-undang negara itu selepas diberi taklimat risikan tertutup.


Mereka berkata, agensi risikan itu memaklumkan pemimpin muda dan di luar jangkaan Korea Utara itu mengeluarkan satu arahan pembunuhan abang tirinya dan ada satu cubaan membunuh Jong-Nam gagal pada 2012.


Seorang pegawai polis Malaysia, Fadzil Ahmat memaklumkan Jong-Nam berada di terminal tambang murah lapangan terbang itu untuk penerbangan ke Macau, namun seorang individu menyerkup kepala mangsa dengan kain dari belakang secara tiba-tiba dan beliau merasa pening kemudian meminta bantuan.


Menurut agensi Korea Selatan lagi, Jong-Nam tinggal di bawah perlindungan Beijing dengan isteri keduanya di Macau, China.


Salah seorang daripada mereka memaklumkan, Jong-Nam turut mempunyai seorang isteri dan anak lelaki di Beijing.


- Reuters