1juta Dalam Masa 24 Jam

Bukan sahaja menjadi antara kumpulan KPop yang sering mencatat video muzik paling banyak ditonton di YouTube dalam masa 24 jam bahkan mereka juga merupakan kumpulan yang paling cepat untuk mencapai 10 juta tontonan.

Terbaharu, BTS (aka Bangtan Boys) membuktikan mereka terus mampu mencuri tumpuan peminat seluruh dunia apabila meraih 1 juta tontonan dalam masa 24 jam menerusi muzik video terbaru, Spring Day yang dilancarkan pada 13 Februari lalu.

Lagu Spring Day merupakan antara single yang dimuatkan dalam album repakej mereka berjudul, You Never Walk Alone.

Dianggotai oleh tujuh anak muda iaitu V, Suga, Jin, Jungkook, Rap Monster, Jimin dan J-Hope, BTS sebelum ini sudah beberapa kali mencipta rekod tersendiri antaranya yang paling tinggi ialah menerusi muzik video Blood, Sweat & Tears, mereka berjaya meraih sebanyak 6.3 juta tontonan dalam sehari.