10 Cara Mama & Papa Boleh Maksimumkan Masa Bersama Anak





Ada kalanya masa yang ada terlalu terhad untuk diluangkan bersama anak-anak. Mama dan papa yang bekerja tentu fahami situasi ini. Kasihan si manja tidak dapat diberi perhatian sewajarnya dek kerana tugasan mama dan papa serta masa yang dihabiskan di jalan raya pergi dan balik kerja. Maafkanlah diri anda kerana tiada siapa yang sempurna. Tetapi anda boleh cuba menjadi lebih baik. Belajar untuk menggunakan masa dan peluang yang ada dengan bijak mungkin untuk sama-sama meluangkan lebih banyak masa bersama si kecil yang sedang membesar. Ada 10 tip yang boleh anda gunakan untuk



1.Buat senarai to-do-list - Buat senarai apa aktiviti yang perlu dilunaskan dan tentukan prioriti. Bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu yang tidak perlu, yang perlu diserahkan kepada orang lain (pasangan, pengasuh, rakan sekerja dan sebagainya) dan tugas yang perlu dilangsaikan sendiri. Dengan cara ini papa & mama tahu tugas masing-masing dan boleh menyelesaikan dengan lebih efektif.



2.Gunakan apa yang ada - Gunakan sepenuhnya sumber yang sedia ada. Anda boleh menggunakan masa hujung minggu untuk mengemas rumah dan meminta pasangan membantu mengasingkan pakaian anak-anak ke pusat jagaan untuk lima hari. Hal ini akan memastikan tugas dilangsaikan dalam masa yang singkat. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga jika keadaan memerlukan.



3.Libatkan anak - Anda memang lebih mahir melipat pakaian berbanding si kecil namun bukan itu yang menjadi matlamatnya.  Dengan melibatkan si manja di dalam aktiviti yang dilakukan seperti ini akan merapatkan hubungan dan si manja boleh belajar untuk berdikari. Berikan tugas mudah seperti melipat pakaian mereka sendiri, memasukkan mainan ke dalam kotak dan meletakkan pinggan kotor ke dalam sinki.



4.Hargai masa - Pastikan papa dan mama sentiasa menghargai masa yang ada. Elakkan insiden yang membazirkan masa seperti mencari kunci kereta atau jam tangan. Wujudkan sistem storan sistematik. Jika sering kelam kabut pada waktu pagi, cuba buat persediaan pada malam sebelumnya. 



5.Produktiviti - Percaya atau tidak produktiviti di tempat kerja akan memberikan lebih ketenangan di rumah. ada majikan yang membenarkan pekerjanya masuk kerja lebih awal dan pulang awal. Perancangan rapi bekerja di luar daerah akan membantu anda menganggarkan tempoh dan masa anda dan si manja berjauhan.



6.Manfaatkan teknologi - Membeli belah secara online boleh membantu anda mengurangkan masa di luar rumah. selain itu, kebanyakan pembelian di atas talian menawarkan pelbagai hadiah dan potongan harga yang hebat.



7.Masak lebih - Lebihkan saiz sajian makan malam ketika memasak dan cipta sarapan menggunakan lebihan tersebut. Misalnya jika malam anda memanggang ayam, maka untuk sarapan buatlah sandwic ayam. Atau masak hidangan makan malam semasa anda memasak sarapan. Contohnya memasak kari ayam pada awal pagi dan jerangkan nasi dalam periuk nasi elektrik.   Pasti masa anda selepas pulang kerja dapat dijimatkan berganda-ganda.



8.Buat pes masakan - Ambil masa sekejap pada cuti hujung minggu untuk menyediakan bahan-bahan masakan seminggu. Misalnya bawang merah, putih dan besar siap kupas dan cili kering yang sudah dikisar. Lauk pauk pula diletakkan di dalam bekas untuk sekali masak dan sediakan pes masakan seperti kari, kurma, masak merah atau masam manis yang sudah siap ditumis. Sayur-sayuran pula siap basuh dan tinggal dipotong untuk dimasak sahaja. Dengan cara ini masa memasak tentu lebih singkat dan lebih banyak masa boleh diluangkan kepada keluarga.



9.Buat jadual - Berikan tugasan tetap kepada suami dan anda. Ia juga boleh dilakukan secara bergilir-gilir . Misalnya mencuci pakaian, menjemur dan mengangkat pakaian di ampaian, mengemop lantai, mengemas bilik anak dan sebagainya.



10.Manfaatkan masa - Manfaatkan masa yang ada secara berkualiti. Jadikan waktu makan malam, hujung minggu dan waktu sarapan pagi sebagai masa untuk bertanya khabar perkembangan pasangan dan anak-anak.



 



 





 




Layari laman web