1,050 Kakitangan SAINS Terima Pelarasan Gaji RM200

SEREMBAN, 14 FEB – Seramai 1,050 kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menikmati pelarasan gaji sebanyak RM200 berkuatkuasa Januari 2017.



Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Majlis Hi-Tea SAINS yang diadakan di Klana Resort, Seremban, hari ini.


Pelarasan ini dilaksanakan selepas lima tahun tiada semakan tangga gaji serta berdasarkan kedudukan kewangan SAINS yang bertambah baik.


Selain itu, warga SAINS juga menikmati kenaikan gaji tahunan sebanyak empat peratus.



Menteri Besar dalam ucapannya berkata, walaupun keadaan ekonomi global kurang baik namun SAINS masih mampu melaksanakan pelarasan gaji serta memberi bonus kepada kakitangannya.


Justeru itu, Menteri Besar menyeru supaya warga kerja SAINS berusaha mengurangkan lagi kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) dalam meningkatkan lagi prestasi kewangan syarikat.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Ahli Lembaga Pengarah SAINS, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan.