'Nanti Masuk Neraka Pula' - Salma

Kakigosip ada menerima kiriman berita yang tidak sedap didengar berkenaan seorang penyanyi, dikatakan bahawa artis tersebut bersikap tidak sopan dengan suaminya. Penyanyi itu adalah pemenang tempat pertama program Juara 3 Juara, Salma.

Salma didakwa meninggi suara terhadap suaminya Azri Abdullah kerana lambat membantunya.  

Usaha Kakigosip mendapatkan Salma bagi mengesahkan khabar itu akhirnya berjaya ketika ditemui baru-baru ini.


"Kalau kami bergaduh pun mestilah bertempat, di rumah saja. Sebagai isteri saya tahu bagaimana untuk menghormati suami apatah lagi di tempat umum, nanti masuk neraka pula.

"Dan tak adalah meninggi suara  seperti dakwaan orang. Kalau dia buat hal pun saya hanya mendiamkan diri dan merajuk,” jelas Salma.



Dalam perkembangan kariernya, Salma yang kini telah pun mengikat kontrak selama tiga tahun di bawah syarikat rakaman Wake The Baby bersama komposer terkenal, Ajai, sedang dalam proses rakaman dan dijangka akan siap dalam masa terdekat. Single tersebut berjudul 'Akhirnya Cinta'.