#1
Dr Mahathir Dan Politik Perpecahan Melayu Sesuatu Yang Berantai - Mat Taib

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad- sememangnya cekap mengambil kesempatan dan peluang daripada perpecahan masyarakat Melayu untuk kepentingan politik beliau.

-

-Kita sudah lama dipecah perintah- zaman British, Belanda… Jepun dan sebagainya. Perpecahan ini merugikan orang Melayu-jadi apa yang berlaku sekarang Dr Mahathir meneruskan legasi kita berpecah untuk survival beliau.

-

-Zaman Tunku Abdul Rahman berlaku perpecahan…zaman Tengku Razaleigh berlaku perpecahan-begitu juga zaman Tun Musa Hitam perpecahan.. zaman Datuk Seri Anwar juga berlaku perpecahan…apakah kita mahu kembali semula ke zaman berpecah. -Apabila kita berpecah sesiapa juga akan ambil kesempatan…sepatutnya selepas merdeka kita bina lagi struktur lagi satu-iaitu kekuatan kita sendiri,- katanya.

-

Beliau berkata demikian sebagai ahli Panel Diskusi bersama UMNO-Online, “Anda Tanya, Kita Jawab” yang mengupas tajuk “Memahami MAHATHIRISM”, dihoskan oleh Tan Sri Annuar Hj Musa selaku Ketua Penerangan UMNO dan seorang lagi ahli panel, saudari Anina Saadudin, Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

-

Meneruskan lagi hujahnya Muhammad Taib seterusnya menegaskan jika diimbau selama ini apa yang berlaku itu menampakkan sesuatu yang berantai kerana kritikan Tun Mahathir yang berterusan.

-

-Sejak daripada Almarhum Tunku lagi.. tidak ada apa yang betul dan tulis macam-macam. Selepas 13 Mei Tunku meletakkan jawatan- Kemudiannya Tun Razak-waktu berkenaan tidak sempat mungkin kerana tempoh perkhidmatan yang singkat.

-

-Barangkali terhutang budi dengan Tun Razak yang membawa Tun Mahathir kembali. Selepas itu dengan Allahyarham Tun Hussein Onn, dengan Tengku Razaleigh dengan Tun Musa Hitam, dengan Anwar Ibrahim, kemudiannya Datuk Seri Abdullah dan sekarang ini Datuk Seri Najib kita nampak macam sesuatu yang berantai. Siapa pun dihentamnya,- ujar beliau.

-

Tan Sri Muhammad seterusnya memetik kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang gagal untuk mengubah orang Melayu.

-

-Satu perkara dikatanya gagal selepas dia bersara ialah gagal mengubah orang Melayu. Yang lain dia buat Putrajaya… buat projek mega dan macam-macam lagi. Pada saya ini berlaku kerana tidak ada tumpuan untuk membina generasi seterusnya untuk anak-anak Melayu. Yang ada tumpuan membina projek mega dan mengkritik pemimpin-pemimpin.

-

-Sesiapa pun dikatanya tidak betul dan bukannya membina pemikiran. Katalah tiap tahun 100 pelajar Melayu yang dapat keputusan A dan hantar ke universiti terbaik di dunia. Tiap enam bulan panggil adakan kursus-penekanan soal integtriti, sikap dan sebagainya. …itu yang dibuat oleh negara Jepun…dan keluarkan berpuluh ribu anak jepun yang -top class-.

-

-Sepatutnya itu yang dibuat pada masa dahulu. Memang anak-anak Melayu dihantar ke universiti luar negara…namun balik -up to u-…tidak seperti mana Jepun, Korea, German buat-sepatutnya kepung anak Melayu yang cerdik ini untuk kepentingan negara.

-

-Tun Mahathir dulu hanya tumpu gasak- namun lupa nak bina putik-putik baharu. .ini satu kegagalan besar Tun Mahathir membina -subsequence- Melayu. Ini jadi cacamerba akhirnya dan satu kerugian kepada kita,- katanya.- -MediaUMNO


Norlida Ishak Shop
Comments